join me...~~

kata hikmah

Sabtu, 27 April 2013

Nasihat Buat adik-adik SMAFD part 1

Assalamualaikum...

haish...macam ramai pulak yang handle blog ni..ramai ka?..haha...memang ramai...jadi,jangan tanya siapa yang duk tulis ketang ketung dalam blog ni..:D...

in shaallah..makin lama makin dikaji,kaji dan terus mengkaji..rasanya,tajuk kat atas tu sesuai kot untuk corat-coret kita kali ini?ok la kot...-_-...

kenapa perlu NASIHAT??.khas untuk adik-adik smafd ja?tak boring ke?adik-adik smafd nakal-nakal ka?jahat sangat ka??.............ZZzzzzZZzz..tak boleh nak jawap la pulak..huhu..^_^..

setiap manusia,perlukan nasihat.tak kira la yang muda,tua,kaya,miskin,kecik,besar,pendek,tinggi,hidup ni memang kita perlukan nasihat.kalau kita tak mahu menerima nasihat,hati kita akan mati.bila dah mati,adakah akan berdegup lagi??..mesti TAK kan..

nasihat untuk part 1 ni,nak cerita tentang adab bila bercakap.nak cakap dengan siapa pun mesti kena ada adab.bertahun-tahun berada dalam halaqah yang sama di smafd,kami mengkaji,memerhati,meneliti tentang keadaan sekeliling.kenapa sekolah agama,tidak ada suasana macam sekolah agama.??.kenapa pelajar sekolah agama tak boleh kekal cara pemakaian diluar dan di dalam kawasan sekolah agama?kenapa kenapa dan kenapa???

ok adik-adik,mulai hari ini,kita mulakan perubahan baru..biar slow2 kita berubah..yang perlu kita ubah adalah cara percakapan..bezakan cara bercakap diantara adik bawah,kakak2 dan guru2.bila kita dapat bezakan cara percakapan kita mengikut peringkat2 usia,in shaallah orang boleh hormat kita dan boleh menerima segala nasihat dan teguran kita.duk di asrama ni diibaratkan kita sebuah keluarga yang besar..ada abang,kakak,adik,mak,ayah..

yang adik-adik di bawah,dianjurkan memanggil pangkat ''kak'' untuk kakak2 senior.dan ''abang'' untuk abang2 senior..bukan untuk mengorat,tapi sebagai tanda hormat..kalau tak mahu panggil si abang2 senior tu panggilan ''abang'',boleh ja nak gelar yang lain tapi biarlah gelaran yang sopan.

kakak2 dan abang2 senior pulak,dianjurkan memanggil gelaran ''adik'' untuk adik2 junior.di situ,akan mengeratkan kasih sayang dan silaturrahim..

bila dengan guru2,ada ketika,kita boleh buat sebagai kawan,teman berkongsi cerita.tapi ingat!adab bercakap juga kena jaga...jangan berasa diri mereka sama taraf dengan kita ni.

kali ini UBAH!!jangan duk guna perkataan AKU dan HANG dah..tak elok bila orang dengar..memanggil orang dengan gelaran yang bukan-bukan.bila pi sekolah orang lain,orang akan pandang akhlak kita,ianya bermula dengan percakapan kita..

bila bahasa kita baik,cantik,comel,baru disenangi dengan orang.baru boleh dibuat menantu..hehehe..:D.

ubahlah adik-adik sekalian..:)..biar berubah secara perlahan-lahan.kita bukan ja belajar di sekolah agama,tetapi kita bawa imej pelajar SEKOLAH AGAMA.buang sikap suka memaki orang..kalau marah tu,cuba kawal2 kan..in shaallah,adik-adik smafd boleh..adik-adik smafd pelajar pandai2 kan??tak macam kami ni ha.setiap kali exam tak pernah dapat A++++ dan tak pernah MUMTAZ dalam subjek diniah..jangan jadi macam kami,tapi jadilah yang lebih baik dari kami..

biar semua warga smafd bangga dengan kita kerana Akhlak kita yang diajar di smafd selama bertahun-tahun..kita dah tinggalkan perkara yang baik untuk generasi yang akan datang.masa silam tu adalah sebuah pengalaman kita yang boleh diambil sebagai pengajaran..

adik-adik jangan menoleh pada masa silam,tapi terus melihat masa hadapan yang terbentang luas.:)..~

kami sayang semua warga SMA FAQIAH DAIMIAH...~~


Jumaat, 26 April 2013

WAJIB BACA!!!Asbab Berjayanya kami..nak tau???..jom share...

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...bila dah lama tak update blog ni..biasa la..admin dan kawan-kawan sekarang sibuk dah sikit..pakat-pakat dah sambung belajar.jadi,masa untuk merapu bertang-ting-tung dengan blog ni sikit ja..hehe..

ok,nampak tajuk di atas tu??.macam gempak sikit kan?yaka?macam perkara penting ja yang nak dikongsikan tu.

yes!!!


memang ada benda yang perlu dan admin rasa wajib untuk dikongsi buat adik-adik yang tidak nampak jalan-jalan untuk menjadi seorang yang berjaya.kecerdikan akal bukan faktor utama seseorang itu berjaya.kadang-kadang orang yang berjaya,hanya sekadar cerdik di atas kertas keputusan peperiksaan saja,tapi bab-bab lain,akhlak dan amalnya kurang dan tak memuaskan..

kita sebagai pelajar,bukan kecerdikan akal saja yang kita mahukan,kita mahukan juga kejayaan dalam semua bidang.

baiklah!dari pemerhatian admin,sebagai salah seorang bekas pelajar smafd,entry kali ini khas untuk adik-adik smafd,yang bukan ada kena mengena dengan smafd,nak baca pun boleh jugak,sangat-sangat dialukan..:)..

ok,kat sini bukan admin nak tunjuk bagus atau apa,tapi admin rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan adik-adik smafd mengenai satu hal..iaitu berbuat baik,taat dan hormat GURU-GURU...

yang paling admin nak tekankan!!jangan sesekali MEMILIH siapa guru yang terbaik buat diri.tapi,dengan semua guru kita perlu ada rasa hormat itu.kalau pun kita tak menyukai beberapa orang guru kerana sikapnya,jangan membenci lama-lama,dia tetap guru kita...ambil yang baik,buang yang buruk..

mungkin akan ada yang berkata,admin dan kawan-kawan dulu pun bukan baik sangat pun,bukan pelajar yang cemerlang yang nak dibangga-banggakan..yes!!itu memang kenyataan yang tak boleh disangkal-sangkalkan lagi.

batch kami lah diantara pelajar-pelajar yang masuk sekolah tu tanpa temuduga,tanpa punya A dalam UPSR,tak reti baca jawi,tak reti bahasa arab dan sebagainya.tapi adik-adik ni Allah bagi kelebihan dan kecerdikan.takkan tak boleh nak fikir benda baik dan buruk??

dah panjang lebar pulak muqaddimahnya,ok,kita terus ke point yang nak di bahaskan iaitu asbab2(sebab2 berjayanya kami),bukan dalam bidang pelajaran saja,tapi dalam kehidupan,in shaallah:

1)SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA GURU:
   -Sesibuk mana pun kami sebagai seorang pelajar,bila guru-guru minta tolong sikit walaupun hanya perkara kecil,kami dengan rela hati menolong..jangan merungut.bila nampak guru-guru sibuk sikit,kami akan bertanya:''ada apa-apa yang nak buat tak?''.dalam masa yang sama kita dah meringankan beban guru.

2)MEMBANTU GURU-GURU DENGAN IKHLAS:
   -bila kami tolong ustaz atau ustazah,kami tak pernah minta bayaran,kecuali kalau ustaz atau ustazah nak belanja sendiri..rezeki datang,takkan nak ditolakkan?.hehe..
   PERINGATAN!jangan sesekali merungut di belakang guru-guru.Allah Maha Mengetahui.

3)TIDAK MELENGAHKAN  MASA:
   -sesibuk mana pun sebagai seorang pelajar,kami tetap menyiapkan kerja-kerja guru walaupun terpaksa bertindih antara homework dan kerja2 pejabat di sekolah.bila guru-guru bagi tugasan,kami terus buat tugasan yang diberi walaupun tahu homework menggunung tinggi dalam kelas tu,tapi kami cuba jugak selit2kan homework dengan kerja guru-guru..tak jadi masalah kan??

dengan asbab-asbab diatas,kami berjaya dalam pmr,smra,spm dan stam walaupun adik-adik smafd sendiri tengok betapa sibuknya kami membantu cikgu-cikgu sampaikan budak-budak balik bercuti,kami kena balik asrama lebih awal untuk siapkan tugasan-tugasan yang diberi.



ha...3 asbab yang boleh dikongsi..nak kongsi banyak2 takut meluat nak baca kan..admin tulis di sini bukan sebab nak tunjuk diri admin dan kawan-kawan bagus,terbaik atau seangkatannya.tapi nak bagi kesedaran pada adik-adik smafd sebelum terlambat.

admin nak nasihatkan:JANGAN SESEKALI MENGATAKAN GURU-guru TIDAK MEMAHAMI KITA.GURU-GURU MARAH KERANA SAYANG.DIA TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA..GURU-GURU MARAH TAK LAMA.JANGAN SIMPAN DENDAM KEPADA GURU-GURU..SIAPA KITA NAK BANDINGKAN DENGAN GURU-GURU YANG DARJATNYA SAMA MULIA DENGAN IBU BAPA KITA??

kita hidup satu halaqah di smafd bersama guru-guru selama 5 hingga 6 tahun,takkan nak terasa hati dengan guru-guru?? tu pun masih nak kata guru-guru tidak memahami diri kita??

SEDARLAH adik-adik yang disayangi..belum terlambat lagi untuk memohon maaf..jangan pula bila guru-guru telah berpindah,baru kita nak menyesal..TOLONGLAH rendahkan sikit EGO yang ada dalam diri..

jangan berasa kita pelajar mithali,pelajar terbaik di sekolah,kita kena bangga diri di hadapan guru-guru..itu SALAH!!.itu bukanlah sikap seorang pelajar yang baik..biarlah kita bodoh dalam pelajaran,tidak cemerlang dalam sukan,tapi biarlah kita cemerlang dan mennyerlah dengan akhlak yang terpuji..

jika guru-guru ada yang terasa hati dengan sikap kita,selama-lamanya redha kita tergantung tanpa bertali..fikirlah dengan sebaik mungkin..adik-adik smafd pandai2 kan??..takkan hal ni tak boleh nak fikir?kita belajar tentang pendidikan islam,quran sunnah,dalam tu dah cerita adab-adab berguru macam mana.takkan nak sia-siakan ilmu yang dipelajari??.
cuba check balik,kenapa kita tidak berjaya dalam satu-satu subjek?.adakah kerana guru terasa hati?

kejayaan jugak merupakan salah satu ujian.jadi,berhati-hatilah bila kita mendapat pelbagai kejayaan di sekolah..~

jangan ingat Redha guru-guru tidak penting dalam hidup..doa mereka tanpa hijab seperti doa ibu bapa juga..

jangan sampai guru-guru tidak memperdulikan kita..TOLONGLAH!jika rasa kita ada salah,ada buat guru-guru terguris hati,tolonglah pi sekolah ni,mohon maaf..belum terlambat...kerana doa guru-guru yang kita idamkan.bila guru-guru redha dengan kita,ALLAH juga redha dengan segala pekerjaan kita...PERCAYALAH!!

JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN hari...~

admin dan kawan-kawan sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adik smafd..jangan nak mohon maaf pada guru-guru ketika nak hampir dengan peperiksaan besar,kerana itu hanya sekadar maaf untuk sementara sahaja.jadi,mulai hari dan detik ini,sentiasalah mohon maaf pada guru..ajal kita sentiasa memerhatikan kita..

Pengalaman inilah yang mengajar admin dan kawan-kawan erti kejayaan sebenar bukan pada kepandaian dalam berkata-kata dan dalam peperiksaan sahaja..tapi kejayaan yang sebenar apabila guru-guru redha dengan perjalanan hidup kita...

admin dan kawan-kawan sentiasa MENYAYANGI GURU-GURU yang pernah berkhidmat di SMAFD(Sek.Men.Agama Faqiah Daimiah)..