join me...~~

kata hikmah

Sabtu, 27 April 2013

Nasihat Buat adik-adik SMAFD part 1

Assalamualaikum...

haish...macam ramai pulak yang handle blog ni..ramai ka?..haha...memang ramai...jadi,jangan tanya siapa yang duk tulis ketang ketung dalam blog ni..:D...

in shaallah..makin lama makin dikaji,kaji dan terus mengkaji..rasanya,tajuk kat atas tu sesuai kot untuk corat-coret kita kali ini?ok la kot...-_-...

kenapa perlu NASIHAT??.khas untuk adik-adik smafd ja?tak boring ke?adik-adik smafd nakal-nakal ka?jahat sangat ka??.............ZZzzzzZZzz..tak boleh nak jawap la pulak..huhu..^_^..

setiap manusia,perlukan nasihat.tak kira la yang muda,tua,kaya,miskin,kecik,besar,pendek,tinggi,hidup ni memang kita perlukan nasihat.kalau kita tak mahu menerima nasihat,hati kita akan mati.bila dah mati,adakah akan berdegup lagi??..mesti TAK kan..

nasihat untuk part 1 ni,nak cerita tentang adab bila bercakap.nak cakap dengan siapa pun mesti kena ada adab.bertahun-tahun berada dalam halaqah yang sama di smafd,kami mengkaji,memerhati,meneliti tentang keadaan sekeliling.kenapa sekolah agama,tidak ada suasana macam sekolah agama.??.kenapa pelajar sekolah agama tak boleh kekal cara pemakaian diluar dan di dalam kawasan sekolah agama?kenapa kenapa dan kenapa???

ok adik-adik,mulai hari ini,kita mulakan perubahan baru..biar slow2 kita berubah..yang perlu kita ubah adalah cara percakapan..bezakan cara bercakap diantara adik bawah,kakak2 dan guru2.bila kita dapat bezakan cara percakapan kita mengikut peringkat2 usia,in shaallah orang boleh hormat kita dan boleh menerima segala nasihat dan teguran kita.duk di asrama ni diibaratkan kita sebuah keluarga yang besar..ada abang,kakak,adik,mak,ayah..

yang adik-adik di bawah,dianjurkan memanggil pangkat ''kak'' untuk kakak2 senior.dan ''abang'' untuk abang2 senior..bukan untuk mengorat,tapi sebagai tanda hormat..kalau tak mahu panggil si abang2 senior tu panggilan ''abang'',boleh ja nak gelar yang lain tapi biarlah gelaran yang sopan.

kakak2 dan abang2 senior pulak,dianjurkan memanggil gelaran ''adik'' untuk adik2 junior.di situ,akan mengeratkan kasih sayang dan silaturrahim..

bila dengan guru2,ada ketika,kita boleh buat sebagai kawan,teman berkongsi cerita.tapi ingat!adab bercakap juga kena jaga...jangan berasa diri mereka sama taraf dengan kita ni.

kali ini UBAH!!jangan duk guna perkataan AKU dan HANG dah..tak elok bila orang dengar..memanggil orang dengan gelaran yang bukan-bukan.bila pi sekolah orang lain,orang akan pandang akhlak kita,ianya bermula dengan percakapan kita..

bila bahasa kita baik,cantik,comel,baru disenangi dengan orang.baru boleh dibuat menantu..hehehe..:D.

ubahlah adik-adik sekalian..:)..biar berubah secara perlahan-lahan.kita bukan ja belajar di sekolah agama,tetapi kita bawa imej pelajar SEKOLAH AGAMA.buang sikap suka memaki orang..kalau marah tu,cuba kawal2 kan..in shaallah,adik-adik smafd boleh..adik-adik smafd pelajar pandai2 kan??tak macam kami ni ha.setiap kali exam tak pernah dapat A++++ dan tak pernah MUMTAZ dalam subjek diniah..jangan jadi macam kami,tapi jadilah yang lebih baik dari kami..

biar semua warga smafd bangga dengan kita kerana Akhlak kita yang diajar di smafd selama bertahun-tahun..kita dah tinggalkan perkara yang baik untuk generasi yang akan datang.masa silam tu adalah sebuah pengalaman kita yang boleh diambil sebagai pengajaran..

adik-adik jangan menoleh pada masa silam,tapi terus melihat masa hadapan yang terbentang luas.:)..~

kami sayang semua warga SMA FAQIAH DAIMIAH...~~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan