join me...~~

kata hikmah

Selasa, 16 Julai 2013

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH..!!..:D

Alhamdulillah...sekian lama menyepi,akhirnya kami muncul kembali..haha...(gelak jahat)..adoi..sebelum tu,nak ucap selamat kembali ke malaysia buat kawan-kawan yang dah balik ke MALAYSIA.tunggu syifa pula yang balik bulan 8 ni.tinggal ammar sorang ja yang akan terus sambung belajaq ke yaman..moga dapat meneruskan pengajian di gedung ilmu yang barakah..amin amin amin..

ok,terus ke point yang kita nak cerita ni.pada tarikh 4/7/2013 bersamaan dengan hari khamis,kawan-kawan kita menduduki temuduga@ujian untuk ke Acheh pula..mereka tu terdiri daripada Nadirah,Izzati,Syafiqah,Syarafee dan Syukur.lepas ni,produk keluaran Sma Faqiah Daimiah (SMAFD) berada di seluruh pelosok dunia..in shaallah..:)

pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari depa ada taklimat dari pengetua,dan ustaz-ustaz.untuk pengetahuan semua,sma faqiah daimiah menjadi salah satu pusat untuk temuduga bagi mereka yang nak sambung pengajian di sana..jadi,masa temuduga baru-baru ni,paling ramai dari perak yang di bawah syarikat MINDA.(betoi ke dak tak tau la).huhu..depa mula ujian pada jam 2.30petang sehingga 5.00 petang..fuh!lama kot tunggu..masa tu kawan-kawan kita dari jordan dan acheh(senior) pakat-pakat mai sekolah..bagi semangat kat kawan-kawan kita ni..dah macam tak boleh berpisah dah sekolah dengan kami..muehehehe..kami pakat tengok soalan ujian depa,boleh tahan susah jugak..-_-...zzzzzzzzzzzzz..

lepas dua minggu depa ujian,kelmarin 15/7/2013 pihak sekolah dah dapat result depa yang ambil ujian tempoh hari..ALHAMDULILLAH..semua sahabat-sahabat kita lulus untuk sambung pengajian ke sana...TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH..kami pula yang jadi excited!yela..gembira dengar berita ni.gembira kawan-kawan dapat fly jugak..gembira sebab impian kawan-kawan kita tercapai..gembira segembiranya lah..

ada lagi satu berita baik...kawan kita yang sorang ni,pelajar cemerlang STAM iaitu MUNIRAH BINTI RADZI layak memasuki USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) dalam bidang bahasa arab dan komunikasi.in shaallah 2/9/2013 dia akan daftar diri..Allah Allah Allah..hebat-hebat belaka kawan-kawan kita ni..

ok,bagi kawan-kawan yang berjaya,teruskan menggapai cita-cita hampa semua,yang tak berjaya pula,jangan sedih-sedih,tetap teruskan belajar dalam setiap perjalanan hidup ni..kita bukan gagal,tapi kita tak mencuba..
jaga akhlak,jaga batas pergaulan,jaga semuanyalah..walaupun kita jauh,tapi Allah ada sentiasa memerhatikan kita...ingat-ingat na..:D


selepas taklimat.rehat untuk solat zohor dan makan.sempat lagi posing u..hoho..
yang bukan berkenaan tu saja buat semak ja tu.huhu.:D

makan jangan tak makan,satgi nak exam..^^

sebahagian mereka yang menduduki exam untuk ke acheh..

semua tekun dengar teklimat sebelum bermulanya exam..

ha..seorang lagi sahabat kita,munirah yang akan sambung pengajian
ke usim..tahniah!tahniah!tahniah..:D



ok,ni saja yang dapat dikongsi..in shaallah 14/8/2013 ni depa akan bertolak ke acheh..jom doakan keselamatan buat depa...:')