join me...~~

kata hikmah

Isnin, 24 Disember 2012

BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG BERADA DEKAT DAN JAUH..~~




Awan berarak megah penuh ceria,
Pohon melambai indahnya alam maya,
Kita bersama menggapai kejayaan,
Berganding bahu mara ke hadapan,

Walaupun kita berbeza rupa warna,
Pangkat dan harta mahupun rumpun bangsa,
Kita semua adalah sama sahaja,
Di sisiNya AllahYang Esa.

Oh tiada..Jurang kita,
Antara kita adalah sama sahaja,
Nilai kita hanya taqwa,
Sebagai ukuran kehidupan dunia.

Silaturrahim dibina,
Ukhuwah yang dijaga,
Mekar teguh mewangi dan sempurna,
Berasaskan keimanan,jalinan kemesraan,
Di bawah satu arah perjalanan.

Di timur jauh panorama terbentang,
Rimba tropika mendamai suasana,
Hormati insan dengan kasih sayang,
Negara makmur rakyat sejahtera.

Antara kita adalah sama sahaja..









Sabtu, 22 Disember 2012

Kini anak perantauan

Sahabat-sahabat yang di perantauan............

Khamis, 15 November 2012

SEUNTAI DOA UNTUK SAHABAT..~~

''Ibu,rasanya semua dah siap kemas.Insyaallah bolehlah kita berangkat sekarang.Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu.''Beritahu Rafiq kepada ibunya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan ditinggalkan sahaja agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.

Ditatapinya buat kali yang terakhir.Bilik A-32,bilik yang menyimpan seribu satu kenangan.Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang da'ie untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W.Namun,dia sedar.Hidayah milik Allah S.W.T.dia hanya mampu melakukan yang terdaya dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.

Lidah basah dengan dakwah.Namun mungkin sahaja dia yang bersalah.Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan.Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya.Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini.Semoga mereka sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.

Sudah 3 tahun Rafiq menghuni bilik tersebut.Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya.Sedih,kini dia terpaksa meninggalkan bilik itu kerana sudah tamat pengajian.Mungkin juga untuk selama-lamanya.


*Bertamu sebuah memori*

''Ayah,boleh tak singgah di surau?Rafiq nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim.Dah lama rasanya buku ni bersama Rafiq.''Pinta Rafiq pada ayahnya.
Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya agar tidak pernah jemu dalam usaha menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia.Tidak kira Non-Muslim atau muslim.Semoga Semoga bermanfaat.Itulah niat dan keikhlasan hatinya.

Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W,Baginda bersabda:''Jika Allah S.W.T memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu,itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari''

(Hadis Riwayat Tabrani)


Ayah tersenyum.Manis senyumannya.Dia memperlahankan kereta,lalu membelok ke kiri menuju surau Al-Falah.

Rafiq merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut,butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya.Namun,ditahan jua,bak empangan yang menakung air tadahan,fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya.Di situlah tempat Rafiq menjalinkan ukhwah bersama sahabat-sahabatnya.Banyak masanya dihabiskan disitu,semuanya terjalin kerana Allah S.W.T.Daripada usrah,halaqoh,tazkirah,majlis ilmu dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan.Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut.Semuanya syabab yang mendahagakan ilmu,yang sering meniti bibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rabb.Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu.:

''Hanyasanya yang layak memakmurkan(menghidupkan)masjid-masjid Allah S.W.T itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan melainkan kepada Allah S.W.T(dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk''

(At-Taubah:9:18)


Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain tentang kelebihan solat berjemaah.Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau terutamanya pada waktu subuh.Zikir-zikir mengingati Allah S.W.T juga tudak ketinggalan untuk mereka melafazkan sesama mereka.Solat Dhuha,Solat tahajjud semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhoan Allah S.W.T. serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain

Penghayatan aqidah juga ditekankan agar hubungan mantap dengan Rabb.Namun,segalanya hanya tinggal memori.

''Ya Allah..berikanlah kekuatan kepada sahabat-sahabatku agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu.Mungkin sahaja di sini terdapat sahabat-sahabat yang mampu mengingati kami satu sama lain.Namun,aku sedar.Dugaan di luar lebih besar cabarannya.Teguhkanlah iman kami supaya sentiasa berada dalam rahmatMu.''.Bisiknya didalam hati..

Rafiq merenung jauh.Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah S.A.W,para sahabat dan syuhada.
Didalam mengembangkan syiar Islam,janggutnya dibasahi air mata yang bercucuran,Rafiq begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya.Mmpukah mereka Istiqomah dalam perjuangan mereka ketika mereka berada di dunia yang nyata yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?

*Segalanya berbeza*


''semuanya dah berubah.Dulu,makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku.Tapi sekarang...''
Dia bermonolog.

Rafiq mengerutkan dahinya,istighfar membasahi bibirnya.Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah S.W.T.

Tidak dinafikan,di mana-mana surau sahaja,pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja.
Adakah surau hanya menjadi tempat pada hambaNya yang sudah berusia sahaja?Segala bisikan syaitan tidak diendahkan.Rafiq sentiasa perlu bermujahadah.Mungkin sahaja dia menjadi orang asing dalam rumah Allah itu kerana hanya dia sahaja anak muda di dalamnya.Sama juga keadaanya ketika waktu subuh.Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau?Mmpukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi semata-mata untuk melakukan solat tahajjud seperti dahulu?Mmpukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha seperti juga di kolej dahulu?

Rafiq sentiasa Husnudzhon dengan sahabat-sahabatnya.Dia tawadhuk menadah tangan mengharapkan rahmat Allah S.W.T.Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.

''Ya Allah..Sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya di hadapanMu.Aku memohon keampunan dariMu.Aku hamba yang banyak melakukan dosa,jauh sekali untuk menjadi sempurna.Bahkan utnuk mengharapkan balasan SyurgaMu.Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu,Namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Engkau masih memberikan aku sinar harapan,peluang untuk aku sentiasa beribadah kepadaMu.Semuanya atas keizinanMu Ya Allah.Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu,tetapi setitis kesedaran yang diberikan Engkau takkan aku persia-siakan''

Ya Allah..Bimbinglah sahabat-sahabatku.Semoga mereka sentiasa bermujahadah meniti hari-hari yang mendatang.Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya untuk saling memperingati antara satu sama lain.Hanya Engkaulah tempat aku berharap,Agar Engkau sentiasa bersama-sama sahabatku.Berikanlah kekuatan untuk mereka beristiqomah dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa.''.Panjang munajatnya memohon kepada Allah S.W.T...

''Pada hari itu:sesetengah sahabat akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa(iman dan amal soleh)

(Az-Zukhruf:43:67)

Wallahua'lam..






(SAYANG SAHABAT-SAHABAT ANA..:-)..MOGA KITA AKAN JUMPA LAGI NANTI.WALOPON DA BANYAK YANG BERUBAH WAKTU TUE KAN...X SABAR RASANYE..)..

Sabtu, 27 Oktober 2012

Merdeka!merdeka!merdeka..~~

wahwahwah..tajuk bunyi macam happy ja..mesti,mesti dan mesti..!..alhamdulillah,..syukur pada allah..selama seminggu kami tempuhi peperiksaan stam bermula 16/10/2012 hinggalah 23/10/2012..titik permulaan bermulanya perpisahan dengan kawan2...:'(..6 tahun bersama dibawah satu bumbung smafd.dah masak dah setiap perangai seorang-seorang..yang baru-baru tu kami baru kenal sikit ja..tak pa..kita semua tetap friend together-together..hehehe..:D..sebelumk kita berpisah mengikut haluan masing-masing,ni ada sikit nak tunjuk gambar sepanjang tahun 2012...

masa di kem kenari..gambar budak laki tak dak..depa malu2..hihi


masa hari guru 2012..:)


smart dak??..hohoho

maaf la..gambar masa hari last exam tak ada..tak sempat nak ambil..maaf na...terima kasih pada guru2 yang mengajar dan menjaga kami dari kecil sampai kami dah besar...

KAMI HARGAINYA...~~


MAJLIS BAKAL BERMULANYA STAM..~~

ha....tadi dah update bab kami kemas kelas..la ni masanya update bab kami buat majlis pulak...majlis kecil-kecilan ja..setiap kali kami nak peperiksaan besar,kami akan buat majlis doa selamat..kami jemput guru-guru dan staf2..kami nakkan doa2 dari depa..moga-moga tak dak pulak isu yang tak puas hati ka apa..ni sebahagian dari berlangsungnya majlis....:


potong sayur ka??..hihih

hai...macam mana boleh tersesat lelaki ni??hohoho


hahaha...muiz buat pengumuman untuk jemput guru2..:)

ketibaan guru-guru..^_^


time makan!!..:D


dah jadi macam labu labi ja..tengok orang makan..hihi



masa potong kek!


staf2 sekolah smafd..


kami pun nak bergambar jugak..hihihi


bergambar dengan cikgu hero malaya..ustaz lukman..hahaha..:D

ok..ni ja yang kami boleh tunjukkan..apa pun kami mohon maaf andai ada terkurang or terlebih(terlebih memang dah)..huhu..kami tak boleh nak puaskan hati semua orang..apa yang termampu ja kami buat..harap2 kita semua 0-0 la ye..sayang semua warga smafd..!!


















sebelum STAM.....~

wuuu....baru boleh update blog..hohoho....horay!!stam dah habis...merdeka!merdeka!merdeka!hahaha.....
kami merdeka....nampak macam gembira nampak..hihihi...ok2.masa ni kami dah habis exam..tapi nak kena cerita dalam ni sebelum menjelangnya exam stam....12/10/2012 bersamaan hari jumaat kami ditugaskan untuk kemas kelas kami yang bakal untuk diduduki exam stam...kami kena exam di tingkat 4..tinggi tu../waduh2..yang mana badan besar tu insyaallah kurus la..yang kurus,maka makin kurus la kamu...hihi..ni ha suasana kami kemas bilik stam..



ni nak kata mesyuarat apa ni??..hihi


wah2..dah nak hampir siap ni..hohoho


macho tak??.hahaha


balut meja,balut meja..^_^


hai.,...nani dengan pikah berborak ka buat keja??hoho


      
cabut apa afiq ali oii...hahah

budak perempuan pulak buat rajin balut meja..hehehe


tu dia..sapa yang cuci tinggi sangat tu...@_@

ha...ni lah serba sikit kerja2 kami sebelum stam...hoho...apa yang penting?kerjasama!!..hahaha..ok enjoy sama2..insyaallah..^_^



Rabu, 3 Oktober 2012

2 MINGGU LAGI.....~~

Ya Allah...!~...lagi dua minggu lagi kami akan menghadapi exam STAM??Ada rasa debor2 tak kawan2??..haha....jangan kata berdebar,dah ketar lutut sampai tak boleh jalan pon...huhuhu....haish....kiranya dalam dua minggu ni saja la kami bersama ngn guru2,adik2 ostel dan memori di teratak cinta ilmu kami ni...:'(....sedihnya dah nak tinggalkan sekolah....

dulu boleh lagi nak lepak2 di sekolah dengan guru-guru,kawan-kawan...nanti mula ja 23/10/2012 ni,last paper ni,dapat ka kumpul sama2 balik macam dulu??tak dapat bayangkan macam mana nanti bila da habis sekolah ni....lepas ni nak buat apa,pi mana??..dah lima tahun kot duk di sekolah tu..siapa tak rindu...........T_______T
teratak cinta kami semua...waa...~~..T______T



gambar yang di atas tu bangunan lama...surau tertua di faqiah..hahaha...ramai2 naik pun alhamdulillah..allah jaga..xpernah runtuh..berkat budak2 sekolah tu duk baca kitab tiap2 hari...hehehe...:D.memang terbaik lah...walaupun sekolah kami ni kecil,duk pedalaman kampung.sampaikan orang kata sekolah kami ni tak wujud,kami redho..asalkan sekolah ni selalu di bawah nur Rahmat Allah....wah3....:D...




yang di atas ni pula gambar bangunan baru...dah kena mendongak langit nak tengok bangunan tinggi2 ni..hehe..rasanya sampai di sini saja..ok..tunggu la cacatan yang lain pulak...da....~~